Sembuh dan kes baharu seimbang

JAKARTA 7 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan 10,827 kes dalam tempoh 24 jam bermula pukul 12 tengah hari semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini meningkat kepada 1,157,837 kes sejak kes dikesan pada 2 Mac 2020.

Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 10,806 orang dan ini menjadikan jumlah yang pulih mencapai 949,990.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan apabila 163 kematian direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,556 orang.

Kes aktif pula 176,291 sementara 76.029 orang berstatus suspek Covid-19.

Related posts

Leave a Comment