Masih tinggi kes di Selangor

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes (43.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,025 kes (63.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 499 kes (13.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 372 kes (10.0 peratus).

  • Selangor: 1,606 kes 
    • 420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan,  dan Kluster Ampang Campuran;
    • 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 581 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 499 kes  
    • 139 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gangsa Dua;
    • 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 271 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 372 kes  
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 150 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Melaka: 313 kes
    • 264 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment