Kluster keagamaan, komuniti

PUTRAJAYA 7 Feb. – Sebanyak 895 kluster direkodkan termasuk tujuh kluster baharu  hari ini yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Daripada jumlah itu, 454 kluster tamat termasuk tujuh kluster hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile.

Jumlah kluster aktif pula 441 manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 81 kluster.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).

Tujuh kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang. Sehingga 7 Februari, sejumlah 424 individu disaring, di mana 222 kes dikesan positif.

2. KLUSTER JALAN BAGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239125) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari, sejumlah 215 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207870) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari, sejumlah 25 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari, sejumlah 111 individu disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

5. KLUSTER SERUAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209382) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari, sejumlah 150 individu disaring, di mana 59 kes dikesan positif.

6. KLUSTER TAMAN SEGAR

Kluster ini melibatkan daerah Muallim di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim. Sehingga 7 Februari, sejumlah 23 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

7. KLUSTER LORONG MAWAR

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu  disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment