Arab Saudi tambah 327 kes

RIYADH 5 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila 327 kes dilaporkan berbanding 303 kes semalam. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan masih rendah iaitu empat orang menjadikan jumlah kumulatif 6,393. Kementerian juga memaklumkan 257 kes sembuh yang membawa kepada 360,954 manakala kes aktif 2,228 di mana 385 kritikal. Sementara itu Riyadh mencatatkan 134 kes pulih diikuti wilayah Timur 67 dan Makkah 38 kes.

Read More

Thailand catat 586 kes baharu

BANGKOK 5 Feb. – Thailand melaporkan 586 kes baharu Covid-19 melibatkan 573 jangkitan tempatan dan 13 import yang menjadikan jumlah kumulatif 22,644. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 526 kes dikesan dalam masyarakat manakala 47 kes disahkan di hospital. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 548 kes iaitu  519 Myanmar, tiga warga Thailand dikesan dalam komuniti manakala 12 warga Thai dan 14 Myanmar di hospital. Bangkok merekodkan 18 kes baharu iaitu 14 Thai dan empat Myanmar. Sebanyak 13 kes import pula adalah ketibaan dari beberapa negara iaitu masing-masing satu dari  Amerika Syarikat,…

Read More

11,749 kes baharu Indonesia

JAKARTA 5 Feb. – Indonesia merekodkan tambahan 11,749 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,134,854 manakala kes negatif yang dikesan mencapai 5.231.727. Jakarta mencatatkan  kes jangkitan harian tertinggi iaitu 3,340 kes, Jawa Barat 2,117, Jawa Tengah 1,884, Jawa Timur 799 dan Kalimantan Timur 798. Kes aktif pula menurun sebanyak 168 kes kepada 176.746 kes atau 15.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 31,202 kes termasuk 201 kematian yang dilaporkan hari ini. Jawa Timur mencatatkan 52…

Read More

1,894 kes, 61 kematian di Filipina

MANILA 5 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,894 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 533,587. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 61 pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 11,058 kematian. Sementara itu, sebanyak 397 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 488,274 atau 91.5 peratus kes pulih. Kes aktif pula sebanyak 34,255.

Read More

4,756 barisan hadapan dijangkiti

PUTRAJAYA 5 Feb. – Seramai 4,756 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangkiti Covid-19 setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada jumlah itu seramai 3,101 melibatkan petugas wanita dan 1, 655 petugas lelaki. “Kebanyakan mereka ini mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya di fasiliti tempat mereka bertugas,”katanya dalam sesi libat urus media darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di sini hari ini. Sesi itu turut disertai oleh Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr C Suresh Kumar, Ketua Unit Viralogi Institut Penyelidikan Perubatan (MIR)…

Read More

15 kluster baharu, 434 kluster aktif

PUTRAJAYA 5 Feb. – Sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini sebanyak 876 kluster dilaporkan di mana 442 kluster tamat termasuk dua yang tamat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra. Jumlah kluster aktif pula adalah 434 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 88 kluster. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua…

Read More

Selangor terus dahului kes harian

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 816 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 598 kes (17.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes (11.6 peratus). Selangor: 1,228 kes  165 kes daripada kluster-kluster; termasuk 46 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mokhtar, Kluster  Bandar Teknologi, Kluster Jalan Enam Belas, Kluster Persiaran Jaya, dan Kluster Jalan Lima; 651 kes daripada saringan kontak rapat kes…

Read More

3391 positf 3392 sembuh

PUTRAJAYA 5 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada 3,391 kes daripada 4,571 kes semalam, dengan 19 kematian direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas. Pertambahan 19 kematian hari ini menyaksikan kes kematian akibat Covid-19 bagi lima hari pertama bulan Februari sejumlah 85 kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian akibat pandemik itu kini 845 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan kes baharu yang dicatatkan, 3,387 kes melibatkan warga tempatan manakala empat lagi kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes akibat wabak itu kini 234,874.  Sebanyak 145 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan…

Read More

Harga runcit petrol naik

PUTRAJAYA 5 Feb. – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen pada RM1.93 seliter dan RM2.23 seliter. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.07 seliter pula dinaikkan sebanyak 4 sen kepada RM2.11 seliter. Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 6 Februari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 12 Februari depan. Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Read More