Selangor terus dahului kes harian

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 816 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 598 kes (17.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes (11.6 peratus).

  • Selangor: 1,228 kes 
    • 165 kes daripada kluster-kluster; termasuk 46 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mokhtar, Kluster  Bandar Teknologi, Kluster Jalan Enam Belas, Kluster Persiaran Jaya, dan Kluster Jalan Lima;
    • 651 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import luar negara; dan
    • 410 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 598 kes  
    • 339 kes daripada kluster-kluster, termasuk 245 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rumbia Dua dan Kluster Sri Sengkang;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 144 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 395 kes  
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jubilee;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment