Thailand catat 586 kes baharu

BANGKOK 5 Feb. – Thailand melaporkan 586 kes baharu Covid-19 melibatkan 573 jangkitan tempatan dan 13 import yang menjadikan jumlah kumulatif 22,644.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 526 kes dikesan dalam masyarakat manakala 47 kes disahkan di hospital.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 548 kes iaitu  519 Myanmar, tiga warga Thailand dikesan dalam komuniti manakala 12 warga Thai dan 14 Myanmar di hospital.

Bangkok merekodkan 18 kes baharu iaitu 14 Thai dan empat Myanmar.

Sebanyak 13 kes import pula adalah ketibaan dari beberapa negara iaitu masing-masing satu dari  Amerika Syarikat, Itali, Tanzania, Afrika Selatan, Rwanda, Mesir, Jerman, United Kingdom dan Myanmar.

Daripada  22,644 kes, sebanyak 15,331 (67.7%) pulih termasuk 533 yang sembuh hari ini manakala 7,234 sedang menjalani rawatan.

Related posts

Leave a Comment