15 kluster baharu, 434 kluster aktif

PUTRAJAYA 5 Feb. – Sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini sebanyak 876 kluster dilaporkan di mana 442 kluster tamat termasuk dua yang tamat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra.

Jumlah kluster aktif pula adalah 434 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 88 kluster.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes), dan Kluster Industri Serkam (96 kes).

Berikut 15 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini:

  • KLUSTER JALAN MOKHTAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Raja Mokhtar, Kapar, Klang. Sehingga 5 Februari, sejumlah 46 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ENAM BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Seksyen 16, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 5 Februari, sejumlah 98 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BANDAR TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari, sejumlah 61 individu disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari, sejumlah 57 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan KLIA S5, Kuala Lumpur International Airport, Sepang. Sehingga 5 Februari, sejumlah 434 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RUMBIA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Rumbia, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 5 Februari, sejumlah 183 individu disaring, di mana 133 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SRI SENGKANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Sri Sengkang, Kulai. Sehingga 5 Februari, sejumlah 694 individu disaring, di mana 126 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JUBILEE

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan di Jalan Jubilee, Cheras. Sehingga 5 Februari, 39 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JUN HENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Bintulu di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209385) dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dua buah syarikat di Bintulu. Sehingga 5 Februari, sejumlah 102 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN VALDOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Perusahaan Valdor, Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 806 individu disaring, di mana 53 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI TTJ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Tampin, Port Dickson, dan Rembau di Negeri Sembilan.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140481) dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Seremban. Sehingga 5 Februari, sejumlah 416 individu disaring, di mana 61 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SANTONG PAKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231453) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Jalan Santong, Paka, Dungun. Sehingga 5 Februari, sejumlah 127 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

  1. KLUSTER TAMAN MURNI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180270) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Murni, Kuantan. Sehingga 5 Februari, sejumlah 44 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER HIKMAH MUADZAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Rompin di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183525) dilaporkan positif COvid-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Muadzam Shah. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 30 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI BENTONG SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203759) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bentong. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 43 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment