4,756 barisan hadapan dijangkiti

PUTRAJAYA 5 Feb. – Seramai 4,756 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangkiti Covid-19 setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 3,101 melibatkan petugas wanita dan 1, 655 petugas lelaki.

“Kebanyakan mereka ini mendapat jangkitan dalam komuniti dan bukannya di fasiliti tempat mereka bertugas,”katanya dalam sesi libat urus media darurat Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di sini hari ini.

Sesi itu turut disertai oleh Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr C Suresh Kumar, Ketua Unit Viralogi Institut Penyelidikan Perubatan (MIR) Dr T Ravindran, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Dr Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata 936 barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dijangkiti virus itu setakat ini.

Related posts

Leave a Comment