JAKARTA 5 Feb. – Indonesia merekodkan tambahan 11,749 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,134,854 manakala kes negatif yang dikesan mencapai 5.231.727.
Jakarta mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 3,340 kes, Jawa Barat 2,117, Jawa Tengah 1,884, Jawa Timur 799 dan Kalimantan Timur 798.
Kes aktif pula menurun sebanyak 168 kes kepada 176.746 kes atau 15.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 31,202 kes termasuk 201 kematian yang dilaporkan hari ini.
Jawa Timur mencatatkan 52 kematian, Jakarta 45, Jawa Barat 28, Jawa Tengah 13 dan Kalimantan Timur 11.
Bagi kes sembuh, sebanyak 9.674 orang dilaporkan pulih yang meningkatkan jumlah kumulatif menjadi 926.980 orang atau 81.7 peratus.
Jawa Barat menambah kes semhuh 2.674 orang dan kumulatifnya 129.308, Jakarta 2.475, Jawa Timur 869, Kalimantan Timur 553 dan Jawa Tengah 516.
Sementara itu, jumlah penerima vaksin di Indonesia bertambah sebanyak 44.618 orang dan total penerima meningkat menjadi 744.884 orang.
