Harga runcit petrol naik

PUTRAJAYA 5 Feb. – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen pada RM1.93 seliter dan RM2.23 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.07 seliter pula dinaikkan sebanyak 4 sen kepada RM2.11 seliter.

Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 6 Februari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 12 Februari depan.

Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Related posts

Leave a Comment