PUTRAJAYA 4 Okt. – Sehingga malam tadi, sebanyak 20.51 juta individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.3 peratus atau 22.08 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Pada masa yang sama, 72.9 peratus atau 23.83 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 108,826 atau 3.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 206,574 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.35 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
