100 juta kes, 2.15 juta kematian

JUMLAH kes global Covid-19 kini mencecah 100 juta apabila data Johns Hopkins University menunjukkan catatan 100,201,258 setakat pukul 8.10 pagi ini, 27 Januari 2021.

Kes kematian pula mencecah 2,154,530 di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului angka jangkitan dan kematian iaitu 25,424,174 kes dan 424,690 orang meninggal dunia.

Ini disusuli India yang merekodkan 10,676,838 dengan 153,587 kematian (kedudukan ketiga) dan Brazil 8,933,356 kes dan 218,878 kematian, kedua tertinggi selepas AS.

Tiga negara merekodkan lebih tiga juta kes iaitu Rusia 3,716,228, United Kingdom 3,700,235 dan Perancis 3,138,449.

Sepanyol merekodkan 2,629,817 kes, Itali 2,485,956, Turki 2,442,350, Jerman 2,164,043 dan Colombia 2,041,352.

Indonesia menjadi negara anggota ASEAN pertama berada dalam kelompok satu juta kes dengan catatan 1,012,350 selepas Argentina 1,885,210, Mexico 1,771,740, Poland 1,482,722, Afrika Selatan 1,423,578, Iran 1,385,706, Ukraine  1,237,810 dan Peru 1,102,795.

Menghampiri satu juta kes pula adalah Netherlands 970,147 dan Czechia 946,946.

Setakat ini 12 negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Kanada 761,291, Romania 715,438, Chile 706,500, Belgium 694,858, Portugal 653,878, Iraq 615,380, Israel 613,578, Sweden 556,289, Pakistan 535,914, Bangladesh 532,916, Filipina 516,166 dan Switzerland 515,483.

Morocco merekodkan 467,493 kes, Austria 407,140, Serbia  387,206, Jepun 372,496, Arab Saudi 366,807, Hungary 360,877, Jordan 322,241 dan Panama 312,158.

Empat belas negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Lebanon, Emiriyah Arab Bersatu, Nepal, Georgia, Ecuador, Belarus, Slovakia, Croatia, Azerbaijan, Kazakhstan, Bulgaria, Republik Dominica, Bolivia dan Tunisia.

MALAYSIA pula berada dalam kelompok 26 negara yang melepasi 100,000 kes dengan 190,434 kes didahului Denmark 196,632 dan Costa Rica 191,345.

Negara lain dalam kelompok ini adalah Ireland, Lithuania, Armenia, Mesir, Kuwait, Slovenia, Moldova, Tebing Barat dan Gaza, Guatemala, Greece, Qatar, Honduras, Burma, Ethiopia, Oman, Paraguay, Venezuela, Nigeria, Bosnia Herzegovina, Libya, Algeria, Bahrain dan Kenya.

Bagi kematian pula, Mexico merekodkan 150,273 kes,  United Kingdom 100,358, Itali 86,422, Perancis 74,248, Rusia 69,391, Iran 57,560, Sepanyol 56,794, Jerman 53,619 dan Colombia 52,128 .

Lebih 20 negara merekodkan lebih 10,000 hingga 47,000 kematian termasuk Argentina 47,253, Afrika Selatan, Peru, Poland, Indonesia ( 28,468), Turki, Ukraine, Belgium, Kanada, Chile, Romania, dan Filipina (10,386).

Related posts

Leave a Comment