Trump buka Pejabat Bekas Presiden

FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penubuhan Pejabat Bekas Presiden US, yang akan dikendalikan oleh staf beliau sewaktu di White House.

Dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada agensi berita antarabangsa, Trump mengumumkan pejabat tersebut terletak di Palm Beach County, Florida.

Kenyataan itu memaklumkan pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi demi memperjuangkan kepentingan AS.

Selain itu ia juga akan meneruskan agenda Pentadbiran Trump yang telah banyak dihentikan oleh Presiden AS yang baharu iaitu Joe Biden, termasuk advokasi, dan aktiviti sosial.

Related posts

Leave a Comment