Indonesia melepasi satu juta kes Covid-19

JAKARTA 26 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini melepasi angka satu juta kes, dengan merekodkan 1,012,350 selepas kes harian baharu terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 13,094 dengan kes aktif pula 163,526.

Bagaimanapun 81 peratus atau 820,356 pesakit yang dijangkiti virus itu telah sembuh termasuk 10,868 orang yang sembuh dalam tempoh 24 jam, 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini.

Jumlah keseluruhan kematian sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac 2020 turut menunjukkan peningkatan iaitu 28,468 orang dengan 336 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Bagi kes positif harian, Jawa Barat menambah sebanyak 3,924 kes dan kumulatifnya mencapai 131,322,  Jakarta menjadi kedua tertinggi dengan tambahan 2,314 orang dan kumulatifnya masih tertinggi iaitu mencapai 254.580 kes. 

Jawa Tengah 1,678 kes dan kumulatifnya mencapai 118,204 kes disusuli Jawa Timur  967 dan kumulatifnya 108,017 kes, Kalimantan Timur 557 dan kumulatifnya mencapai 37.971 kes

Kes sembuh pula menunjukkan Jakarta merekodkan 2,939 kes, Jawa Barat 2,248, Jawa Tengah 1.676, Jawa Timur 833 dan Sulawesi Selatan 504.

Sementara itu, Jawa Tengah merekodkan 112 kematian harian diikuti Jawa Timur 74, Jakarta 46, Jawa Barat 13 dan Kalimantan Timur sembilan.

Related posts

Leave a Comment