Kes baharu 3,170, kematian 12

PUTRAJAYA 21 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,170 kes baharu Covid-19 hari ini di mana 3,162 kes adalah jangkitan tempatan manakala lapan kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 172,549 dan kes aktif mencecah 41,755. Katanya, terdapat 260 kes positif Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka, memerlukan bantuan pernafasan. Selain itu, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan latar belakang berpenyakit, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak…

Read More

Sarawak catat 132 kes, 1 kematian

KUCHING 21 Jan. – Sarawak merekodkan pertambahan 132 kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu meningkat kepada 2,702 kes. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu terus mencatat peningkatan tertinggi iaitu 62 kes. Ini diikuti Kanowit (46), Bintulu (12), Miri (5), Kuching (3) dan masing-masing satu kes di Dalat, Lubok Antu, Serian dan Selangau. “Kluster Pasai merekodkan pertambahan 88 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi kluster ini meningkat kepada 982 kes. “Setakat ini sejumlah 8,250 individu disaring dengan 5,500 disahkan negatif manakala…

Read More

PKP dilanjutkan sehingga 4 Feb.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan sehingga 4 Februari ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Katanya, keputusan itu dibuat atas penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan. Tarikh tamat itu juga diseragamkan dengan tarikh tamat PKP di negeri-negeri yang lain. Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM selepas kesemua negeri berkenaan masih…

Read More

38 kes baharu di Singapura

SINGAPURA merekodkan sebanyak 38 kes baharu Covid-19 pada Khamis, 21 Januari  2021 menjadikan jumlah keseluruhan kes ketika ini 59,235. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), empat daripadanya merupakan jangkitan dalam masyarakat manakala 33 kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura. Baki satu kes diuji negatif Covid-19 setibanya di Singapura pada 17 Januari dan mengikuti jadual perjalanan terkawal semasa berada di Singapura. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari .

Read More

Syarat lori masuk Singapura.

SINGAPURA terus mengambil langkah mencegah penularan wabak Covid-19 dengan mewajibkan para pemandu lori muatan yang memasuki Singapura dari Malaysia melalui pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands menjalani ujian Covid-19 mulai Jumaat, 22 Januari. Mulai pukul 9 pagi pada Jumaat, ujian pantas antigen Covid-19 akan dilancarkan secara bertahap-tahap di dua pusat pemeriksaan bagi para pemandu lori muatan dan kakitangan pengiring yang memasuki Singapura. Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), mereka akan dibenarkan masuk ke Singapura jika keputusan mereka negatif. “Oleh kerana para pemandu lori muatan dan kakitangan pengiring mungkin ada interaksi dengan…

Read More

Tangguh pengimarahan masjid

KUCHING 21 Jan. – Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau di bahagian yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditangguhkan mulai esok, 22 Januari sehingga PKPB ditamatkan pada 31 Januari ini. Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataannya memaklumkan keputusan itu berdasarkan perkembangan semasa wabak Covid-19 dan keputusan Kerajaan Negeri mengumumkan PKPB di seluruh negeri itu (Sibu PKP) selama 14 hari bermula 18 Januari lalu. Antara aktiviti pengimarahan yang ditangguhkan termasuk ceramah, kuliah, kursus kelas dan lain-lain. MIS pada masa sama memaklumkan solat Jumaat dan solat fardhu masih…

Read More

Biden tidak banyak ‘buang masa’

SEBAIK tiba di White House, dengan berjalan kaki menuju pejabatnya selepas mengangkat sumpah jawatan, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mula menandatangani 15 Perintah Eksekutif berhubung fungsi negara itu. Beliau tidak membuang masa untuk membalikkan beberapa dasar utama yang dilaksanakan oleh Donald Trump. Beberapa perintah tersebut termasuklah menghendaki orang awam memakai pelitup muka, dan menjaga jarak antara satu sama lain ; Menyertai semula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ; Menangani isu alam sekitar, kesihatan awam, atau kepentingan nasional, dan meminta agensi untuk memantau dan mengenalpasti isu perubahan iklim. Mewujudkan semula Direktorat Keselamatan…

Read More

PH kemuka tiga nama

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar tiga nama mewakili PKR, DAP dan Amanah untuk menyertai penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas berhubung Proklamasi Darurat. Mereka adalah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor). Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Setiausaha PH berkata penyertaan ke dalam jawatankuasa tersebut adalah seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pengesyoran kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal, mahupun sebaliknya. “Penyertaan wakil Pembangkang ke dalam Jawatankuasa Bebas ini tidak mengubah…

Read More