PKP dilanjutkan sehingga 4 Feb.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Katanya, keputusan itu dibuat atas penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan.

Tarikh tamat itu juga diseragamkan dengan tarikh tamat PKP di negeri-negeri yang lain.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian Covid-19.

Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama.

Related posts

Leave a Comment