Tangguh pengimarahan masjid

KUCHING 21 Jan. – Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau di bahagian yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditangguhkan mulai esok, 22 Januari sehingga PKPB ditamatkan pada 31 Januari ini.

Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataannya memaklumkan keputusan itu

berdasarkan perkembangan semasa wabak Covid-19 dan keputusan Kerajaan Negeri mengumumkan PKPB di seluruh negeri itu (Sibu PKP) selama 14 hari bermula 18 Januari lalu.

Antara aktiviti pengimarahan yang ditangguhkan termasuk ceramah, kuliah, kursus kelas dan lain-lain.

MIS pada masa sama memaklumkan solat Jumaat dan solat fardhu masih boleh dilakukan di masjid atau surau dengan jumlah jemaah terhad.

“Bilangan jemaah perlu mengikut kapasiti sedia ada masjid atau surau dengan penjarakan fizikal tidak melebihi 200 orang kecuali Masjid Jamek Negeri Sarawak dengan had jemaah tidak melebihi 300 orang,” jelas MIS.

Related posts

Leave a Comment