Biden tidak banyak ‘buang masa’

SEBAIK tiba di White House, dengan berjalan kaki menuju pejabatnya selepas mengangkat sumpah jawatan, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mula menandatangani 15 Perintah Eksekutif berhubung fungsi negara itu.

Beliau tidak membuang masa untuk membalikkan beberapa dasar utama yang dilaksanakan oleh Donald Trump.

Beberapa perintah tersebut termasuklah menghendaki orang awam memakai pelitup muka, dan menjaga jarak antara satu sama lain ; Menyertai semula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ; Menangani isu alam sekitar, kesihatan awam, atau kepentingan nasional, dan meminta agensi untuk memantau dan mengenalpasti isu perubahan iklim.

Mewujudkan semula Direktorat Keselamatan Kesihatan Global dan Biodefense, sebuah pasukan yang bertanggungjawab terhadap tindak balas pandemik, di dalam Majlis Keselamatan Nasional ; Instrumen” yang akan membolehkan AS bergabung semula dengan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim dalam masa 30 hari.

Membatalkan dua Proklamasi, iaitu larangan Muslim memasuki AS dari negara-negara majoriti-Muslim ; Menghentikan pembinaan tembok sempadan dengan Mexico dan menentukan cara mengalihkan dana tersebut ke tempat lain dengan sebaik-baiknya.

Related posts

Leave a Comment