38 kes baharu di Singapura

SINGAPURA merekodkan sebanyak 38 kes baharu Covid-19 pada Khamis, 21 Januari  2021 menjadikan jumlah keseluruhan kes ketika ini 59,235.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), empat daripadanya merupakan jangkitan dalam masyarakat manakala 33 kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura.

Baki satu kes diuji negatif Covid-19 setibanya di Singapura pada 17 Januari dan mengikuti jadual perjalanan terkawal semasa berada di Singapura. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari .

Related posts

Leave a Comment