261 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 31 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus melepasi 250 kes apabila 261 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 368,074 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama, kes pesakit meninggal dunia pula mencatatkan tiga kes  menjadikan 6,375 kematian manakala kes aktif pula 2,126, di mana 362 kritikal. Sebanyak 274 pesakit pulih yang membawa kepada jumlah sembuh meningkat kepada 359,573 orang atau 97.67 peratus. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 93 kes diikuti wilayah Timur 53 dan Makkah 49. Sementara itu, Menteri…

Read More

Jakarta catat 12,001 kes baharu

JAKARTA 31 Jan. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1,078,314 kes apabila 12,001 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian pula mencatatkan peningkatan iaitu 270 orang berbanding 210 kematian yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia sebanyak 29,998. Kes sembuh juga menunjukkan pertambahan apabila 10,719 pesakit dilaporkan sembuh berbanding 10,242 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh kini 873,221. Sementara itu sebanyak 73.652 orang berstatus suspek sementara kes aktif sebanyak 175,095 kes Jakarta merekodkan 3,474 kes baharu yang…

Read More

Thailand catat 829 kes baharu

BANGKOK 31 Jan. – Thailand merekodkan 829 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 18,782 dengan jumlah kematian kekal 77. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah kes baharu itu, 822 adalah jangkitan tempatan dengan 731 dikenal pasti melalui pengesanan kes aktif manakala 91 merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital. Peningkatan kes positif itu turut dipengaruhi langkah pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon, kawasan penularan semasa pandemik tersebut bermula. Beliau berkata tujuh kes baharu adalah kes import membabitkan…

Read More

Dua tahun menaiki takhta

PUTRAJAYA 31 Jan. – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini. Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah untuk terus beroleh keberkatan berkekalan. “Ampun Tuanku. Hari ini 31 Jan 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. “Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara.…

Read More

PKP di Song dan Kapit Sarawak

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan di dua lokaliti di Sarawak selama 14 hari bermula Selasa ini (2 Feb), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti itu ialah di Song dan Kapit berikutan kedua-dua daerah menunjukkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh 14 hari dengan kadar keberjangkitan yang tinggi.  Dalam satu kenyataan, beliau berkata terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di daerah Song yang sebelumnya merupakan zon hijau dengan 93 kes direkodkan. Di daerah Kapit, kes telah meningkat daripada tiada kes kepada 31 kes positif. Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju melaksanakan Perintah…

Read More

10 kluster baharu, 392 aktif

PUTRAJAYA 31 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan  10 kluster baharu hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti. Kluster-kluster ini dikesan di Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melaka dan Perak. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Januari 2021; Jumlah kluster : 817 kluster; Jumlah kluster baharu : 10 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 425 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala,…

Read More

Tiga hari melepasi 5,000 kes

PUTRAJAYA 31 Jan. – Tiga hari berturut-turut, Malaysia merekodkan lebih 5,000 kes harian yang bermula dengan 5,725 pada 29 Januari diikuti  5,728 pada 30 Januari dan hari ini turun sedikit kepada 5,298 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini 214,959, sementara bilangan kes aktif sebanyak 48,150. Berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, 5,295 kes merupakan penularan tempatan manakala tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing. Sebanyak 94 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok…

Read More

2,103 kes baharu di Filipina

MANILA 31 Jan. – Filipina merekodkan 2,103 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 525,618 dengan kes aktif pula 27,318 atau 5.2 peratus daripada jumlah kes. Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 80 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,749 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 11,653 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah pesakit  pulih daripada Covid-19 setakat ini adalah 487,551 atau 92.8 peratus.

Read More