Jakarta catat 12,001 kes baharu

JAKARTA 31 Jan. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1,078,314 kes apabila 12,001 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian pula mencatatkan peningkatan iaitu 270 orang berbanding 210 kematian yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia sebanyak 29,998.

Kes sembuh juga menunjukkan pertambahan apabila 10,719 pesakit dilaporkan sembuh berbanding 10,242 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh kini 873,221.

Sementara itu sebanyak 73.652 orang berstatus suspek sementara kes aktif sebanyak 175,095 kes

Jakarta merekodkan 3,474 kes baharu yang menjadikan jumlah kumulatif 269,718 kes.

Related posts

Leave a Comment