Thailand catat 829 kes baharu

BANGKOK 31 Jan. – Thailand merekodkan 829 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 18,782 dengan jumlah kematian kekal 77.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah kes baharu itu, 822 adalah jangkitan tempatan dengan 731 dikenal pasti melalui pengesanan kes aktif manakala 91 merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital.

Peningkatan kes positif itu turut dipengaruhi langkah pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon, kawasan penularan semasa pandemik tersebut bermula.

Beliau berkata tujuh kes baharu adalah kes import membabitkan lima rakyat Thailand iaitu dua tiba dari Ireland, satu masing-masing dari Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom.

Dua lagi warga asing yang memasuki negara itu serta menjalani kuarantin adalah dari Amerika Syarikat dan Mesir.

Sehingga kini, daripada 18,782 kes Covid-19 sebanyak 16,323 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 9,284 dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif, dan 2,459 kes import.

Related posts

Leave a Comment