10 kluster baharu, 392 aktif

PUTRAJAYA 31 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan  10 kluster baharu hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti.

Kluster-kluster ini dikesan di Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melaka dan Perak.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 817 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 425 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala, Kluster Osmo Jaya, dan Kluster Kolam Air);
  • Jumlah kluster aktif : 392 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Vista (222 kes), Tapak Bina Jalan Chulan (151 kes), dan Kluster Jalan Kewajipan (125 kes).

 

Related posts

Leave a Comment