2,103 kes baharu di Filipina

MANILA 31 Jan. – Filipina merekodkan 2,103 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 525,618 dengan kes aktif pula 27,318 atau 5.2 peratus daripada jumlah kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 80 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,749 kematian.

Pada masa yang sama, sebanyak 11,653 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah pesakit  pulih daripada Covid-19 setakat ini adalah 487,551 atau 92.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment