Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 28 Jan. – Selepas menunjukkan penurunan kes harian sehingga di bawah 100 kes, Arab Saudi mula menunjukkan peningkatan kes jangkitan apabila merekodkan 253 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan kes kini mencecah kepada 367,276 dengan kematian pula meningkat kepada 6,366 termasuk tiga kematian yang direkodkan hari ini. Pada masa yang sama 208 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 358,753 atau 97.67 kes. Riyadh merekodkan 85 kes jangkitan diikuti wilayah Timur 66 kes dan Makkah 50.

Read More

Vietnam akhiri dua bulan sifar kes

VIETNAM yang disenaraikan salah sebuah negara terbaik mengurus pandemik Covid-19 diingatkan supaya bersiap sedia mendepani 30,000 kes baharu. Hari ini selepas dua bulan sifar kes penularan Covid-19 dalam komuniti, sebanyak 83 kes positif tempatan dikesan di wilayah Hai Duong dan Quang Ninh, utara Vietnam. Ketua Jawatankuasa Covid-19, Vu Duc Dam yang juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan perkara itu seperti dilaporkan media tempatan. Daripada 83 kes positif itu, 72 merupakan kakitangan di syarikat Vietnam Poyun Electronics Co. Ltd. di Hai Duong manakala baki kes dipercayai dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Van…

Read More

Singapura 6 hari tanpa kes tempatan

SINGAPURA 28 Jan. – Buat hari keenam berturut-turut tiada kes baharu Covid-19 dalam kalangan masyarakat Singapura sebaliknya merekodkan 34 kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,425 kes. Menurut Kementerian Kesihatan kesemua kes import itu sudah diberikan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini. Tiga lelaki rakyat Malaysia adalah antara 32 kes import asimptomatik yang disahkan  dan mereka merupakan pemegang permit kerja yang tiba di Singapura dari negara asal. Dua lagi kes bergejala. Seorang wanita pemastautin Singapura berumur 29 tahun yang baru kembali…

Read More

Bayi 10 bulan kes import di Brunei

EMPAT lagi kes import Covid-19 termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan direkodkan di Brunei Darussalam hari ini, 28 Januari 2021 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 180. Kes 177 (bayi) itu tiba dari India pada 15 Januari lalu dengan Penerbangan Diraja Brunei  BI4112 manakala kes 178, wanita berusia 26 tahun yang juga ibu saudara bayi berkenaan yang tiba dengan penerbangan yang sama. Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, kes 179 pula melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura pada 15 Januari dengan  penerbangan…

Read More

1,169 kes harian di Filipina

MANILA 28 Jan. – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) setakat pukul 4 petang ini menunjukkan penurunan kes harian jangkitan, kematian dan sembuh berbanding semalam. Menurut DoH, kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 1,169 berbanding 2,245 kes semalam yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 519,575. Sebanyak 71 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 95 kematian semalam dan ini membawa kepada 10,552 kematian. Kes sembuh pula mencatatkan 60 kes berbanding 140 semalam dan dengan perkembangan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 475,596.

Read More

Indonesia catat kematian tertinggi

JAKARTA 28 Jan. – Indonesia hari ini mencatatkan kematian tertinggi akibat Covid-19 sejak kematian pertama pada 11 Mac lalu apabila merekodkan 476 lagi pesakit meninggal dunia. Angka kematian tertinggi sebelum ini adalah semalam, 27 Januari yang merekodkan 387 orang meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah korban Covid-19, di republik itu setakat ini meningkat kepada 29,331 orang. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, daripada 476 kes kematian baharu itu, 200 kes direkodkan di wilayah Jawa Barat, 81 di Jawa Tengah, 57 di Jawa Timur, 40 di Jakarta,…

Read More

756 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Jan. – Thailand merekodkan 756 kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu 16,221 dengan kematian kekal 76. Menurut Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan,  10 lagi adalah kes import. Daripada 756 kes baharu itu, 746 adalah jangkitan tempatan – 724 melalui pengesanan kes aktif  termasuk 710 pekerja migran dan 14 warga Thailand manakala 22 kes pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. Penularan wabak terbaru di negara ini sejak pertengahan Disember merebak ke 63 wilayah. Bagaimanapun, 47 wilayah tiada kes baharu dalam…

Read More

9 kluster baharu, 372 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 28 Januari yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Januari 2021; • Jumlah kluster : 779 kluster; • Jumlah kluster baharu : 9 kluster; • Jumlah kluster yang telah tamat : 407 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi); • Jumlah kluster aktif : 372 kluster; • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan • Kluster-kluster dengan pertambahan…

Read More