348 kes baharu, 3 kematian di Sabah

KOTA KINABALU 25 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri merekodkan 348 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,139 kes dengan tiga kes kematian iaitu dua di Sandakan dan satu di Beaufort.

Seramai 400 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,806 orang manakala 2,678 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 832 orang di hospital, 1,827 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 348 kes positif yang dicatatkan, sebanyak 251 kes (72.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 50 kes (14.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (5.7%), saringan pelajar masuk asrama satu kes (0.3%), Perkeso satu kes (0.3%) dan 25 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,106 unit, di PKRC Awam berjumlah 4,592 unit dan jumlah katil di PTS/ penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,798 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 39.9%.

Related posts

Leave a Comment