1,581 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang mencatatkan 1,581 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 514,996 kes.

Sebanyak 50 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,292 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 475,422 orang atau 92.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini 13 pesakit dilaporkan sembuh .

Kes aktif pula adalah 29,282.

Related posts

Leave a Comment