13 lagi kluster baharu, 351 aktif

PUTRAJAYA 25 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga komuniti, dan dua  melibatkan kumpulan berisiko.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster di Malaysia sehingga hari ini

  • Jumlah kluster : 746 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 395 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan, Kluster Lis Putih, Kluster Saga Tengah, Kluster Long Panji, Kluster Cahaya Mahsuri, Kluster Penjara Sandakan, Kluster Pekapuri, Kluster May Indah, Kluster Bakti, dan Kluster Tapak Bina Jalan Seng);
  • Jumlah kluster aktif : 351 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Seroja (81 kes), Kluster Pasai (56 kes), dan Kluster Beringin (48 kes).

Related posts

Leave a Comment