Arab Saudi kembali ke angka 200

RIYADH 25 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini kembali ke angka 200 apabila merekodkan 213 kes jangkitan harian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat kepada 366,584 kes. Tiga lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian sebanyak 6,355 kes. Bagi kes sembuh pula, Kementerian merekodkan 198 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih sebanyak 358,137 orang. Berikutan penurunan kes jangkitan, jumlah kes aktif turut berkurangan iaitu 2,092 di mana 333 adalah kritikal. Riyadh…

Read More

Thailand rekod 187 kes baharu

BANGKOK 25 Jan. – Sebanyak 187 kes baharu Covid-19 direkodkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 13,687 kes sejak pandemik ini bermula setahun yang lalu. Dua lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian setakat ini sebanyak 75. Kes kematian melibatkan lelaki warga British berusia 61 tahun yang tiba di Bangkok pada 25 Disember lalu dan diuji positif pada 29 Disember dan meninggal pada Ahad, 24 Disember. Satu lagi kematian adalah seorang wanita Thailand berusia 56 tahun yang meninggal pada Khamis di Samut Sakhon. Daripada 187…

Read More

744 bakal lengkapkan 1 juta kes

JAKARTA 25 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baharu, dalam tempoh 24 jam. Kes positif keseluruhan di republik itu sejak 2 Mac 2020 kini 999,256 kes, bermakna 744 kes sahaja lagi melengkapi angka satu juta orang. Bagaimanapun jumlah kes sembuh pula melebihi 80 peratus daripada keseluruhan kes iaitu 809,488 pesakit.. Menurut data di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, kes keseluruhan kematian akibat virus itu kini 28,132 orang, dengan tambahan 297 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24…

Read More

1,581 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang mencatatkan 1,581 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 514,996 kes. Sebanyak 50 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,292 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 475,422 orang atau 92.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini 13 pesakit dilaporkan sembuh . Kes aktif pula adalah 29,282.

Read More

348 kes baharu, 3 kematian di Sabah

KOTA KINABALU 25 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri merekodkan 348 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,139 kes dengan tiga kes kematian iaitu dua di Sandakan dan satu di Beaufort. Seramai 400 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,806 orang manakala 2,678 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 832 orang di hospital, 1,827 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan…

Read More

13 lagi kluster baharu, 351 aktif

PUTRAJAYA 25 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga komuniti, dan dua  melibatkan kumpulan berisiko. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster di Malaysia sehingga hari ini Jumlah kluster : 746 kluster; Jumlah kluster baharu : 13 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 395 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan, Kluster Lis Putih, Kluster Saga Tengah, Kluster Long Panji, Kluster Cahaya Mahsuri, Kluster Penjara Sandakan, Kluster…

Read More

PKP 4 minggu PKPB 3 bulan?

PUTRAJAYA 25 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja, kata  Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Pada masa sama, KKM juga menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baharu turun ke dua angka. “Mantra peperangan Covid-19 ni masih sama, kita perlukan kepatuhan yang tinggi. Kalau kita semua patuhi pada SOP, maka kita tak perlukan PKP pun,” katanya dalam sesi taklimat media secara maya hari ini. Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan…

Read More

PKPD di Penjara Taiping

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari sehingga 8 Februari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di lokaliti itu di mana sehingga 23 Januari, sebanyak 43 kes positif Covid-19 direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan penjara. Langkah itu juga bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat…

Read More

3,048 kes baharu, 11 kematian

PUTRAJAYA 25 Jan. – Malaysia merekodkan 3,048 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 186,849 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan kes import dilaporkan mendapat jangkitan di luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 41,076. Sebanyak 62 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Matambai (18 kes), Kluster Tembok Taiping (16 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes),…

Read More