Arab Saudi kembali ke angka 200

RIYADH 25 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini kembali ke angka 200 apabila merekodkan 213 kes jangkitan harian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat kepada 366,584 kes.

Tiga lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian sebanyak 6,355 kes.

Bagi kes sembuh pula, Kementerian merekodkan 198 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih sebanyak 358,137 orang.

Berikutan penurunan kes jangkitan, jumlah kes aktif turut berkurangan iaitu 2,092 di mana 333 adalah kritikal.

Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 75 kes diikuti wilayah Timur 50 kes dan Makkah 38.

Related posts

Leave a Comment