744 bakal lengkapkan 1 juta kes

JAKARTA 25 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baharu, dalam tempoh 24 jam.

Kes positif keseluruhan di republik itu sejak 2 Mac 2020 kini 999,256 kes, bermakna 744 kes sahaja lagi melengkapi angka satu juta orang.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh pula melebihi 80 peratus daripada keseluruhan kes iaitu 809,488 pesakit..

Menurut data di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, kes keseluruhan kematian akibat virus itu kini 28,132 orang, dengan tambahan 297 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 252,266 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 7,440 orang.

Related posts

Leave a Comment