Thailand rekod 187 kes baharu

BANGKOK 25 Jan. – Sebanyak 187 kes baharu Covid-19 direkodkan di Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 13,687 kes sejak pandemik ini bermula setahun yang lalu.

Dua lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian setakat ini sebanyak 75.

Kes kematian melibatkan lelaki warga British berusia 61 tahun yang tiba di Bangkok pada 25 Disember lalu dan diuji positif pada 29 Disember dan meninggal pada Ahad, 24 Disember.

Satu lagi kematian adalah seorang wanita Thailand berusia 56 tahun yang meninggal pada Khamis di Samut Sakhon.

Daripada 187 kes, 35 adalah kes yang dikesan di Samut Sakhom, 20 di Bangkok, tiga di Samut Songkhram dua di Samut Prakan dan satu di Rayong.

Sepuluh kes import pula turut melibatkan lima warga Thailand dan seorang Britain yang tiba dari United Kingdom, manakala seorang warga Thai tiba dari Malaysia, masing-masing seorang tiba dari negara asal iaitu Rusia, Bahrain dan Jerman.

Satu pertiga atau 9,450 daripada keseluruhan kes dikesan pada gelombang baharu yang bermula pertengahan Disember.

Related posts

Leave a Comment