Hanya 8 tetamu sehari

MENJELANG sambutan Tahun Baharu Cina, Singapura mengambil langkah memperketatkan pengurusan selamat dengan pemeriksaan penguatkuasaan dipertingkatkan di tempat makanan dan minuman (F&B), pusat beli-belah dan tempat awam yang sesak. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), mulai 26 Januari ini, setiap  keluarga hanya akan dibenarkan menerima sehingga lapan tetamu sahaja setiap hari. Penduduk juga seboleh mungkin harus mengehadkan kunjungan ke dua rumah sahaja dalam sehari dan sehingga lapan orang dibenarkan dalam satu kumpulan bagi perhimpunan sosial di luar. MoH menekankan pentingnya mematuhi langkah-langkah baharu bagi membendung penularan koronavirus semasa musim perayaan, terutama sekali setelah…

Read More

Arab Saudi catat 213 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 213 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 365,988 kes. Riyadh mendahului dengan 88 kes harian diikuti 37 kes di Makkah dan 10:di Madinah. Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 6,346 orang apabila empat lagi pesakit meninggal dunia sementara 188 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan kes pulih kini 357,525 . Kes aktif pula 2,117 di mana 322 kritikal.

Read More

Kes harian Indonesia 13,632

JAKARTA 22 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas merekodkan 13,632 kes berbanding 11,703 yang direkodkan semalam. Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Indonesia, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 965,283. Pada masa yang sama 250 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 27,453 kes. Sebanyak 8,357 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 781,147 orang pulih sementara kes aktif 156,683. Sementara itu Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,792 kes, diikuti Jawa Barat 2,441, Jawa Tengah 1,796, Jawa Timur 1,056 dan…

Read More

309 kes baharu di Thailand

BANGKOK 22 Jan. – Thailand merekodkan 309 kes baharu Covid-19 iaitu 297 jangkitan tempatan dan 12 import menjadikan jumlah keseluruhan 13,104 kes. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes baharu termasuk 80 orang dikesan di hospital sementara 217 melalui pengesanan kes aktif dalam masyarakat. Daripada 80 kes di hospital itu, 49 adalah dari wilayah Samut Sakhon dan lapan di Bangkok. Pengesanan kes aktif pula melibatkan 212 di Samut Sakhon termasuk 196 pekerja migran dan llima migran Myanmar di Bangkok. Sementara 12 kes import yang dikuarantin sejurus tiba dari luar…

Read More

453 kes positif baharu di Sabah

KOTA KINABALU 22 Jan. –  Jabatan Kesihatan Sabah merekodkan 453 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 45,862 kes dengan tiga kematian di  Kinabatangan,  Sandakan  dan  Lahad  Datu. Sebanyak 650  pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 41,579 orang manakala 2,839 pesakit sedang dirawat iaitu 862 orang di hospital, 1,958 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan  19 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 81 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Terdapat satu kluster baharu…

Read More

Filipina tambah 2,178 kes

JABATAN Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,178 kes baharu Covid-19 setakat  pukul 4 petang, 22 Januari 2021, angka yang menunjukkan peningkatan kes berbanding 1,783 semalam, 21 Januari. Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan penurunan apabila kes terbaharu merekodkan 20 pesakit meninggal dunia berbanding 74 kematian semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 509,887 sementara kematian pula 10,136 manakala kes aktif 32,031. Bagi kes sembuh, 250 orang pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 467,720 orang atau 91.7 peratus.

Read More

335 kluster aktif, 12 kluster baharu

SEBANYAK 12 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 22 Januari 2021 yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan satu kluster tahanan. Ringkasan kluster : Jumlah kluster : 713 Jumlah kluster baharu : 12 Jumlah kluster yang telah tamat : 378 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Haruan, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tapak Bina Pasifik, dan Kluster Tapak Bina Cendana); Jumlah kluster aktif : 335 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu…

Read More

3,631 kes baharu, 18 kematian

KEMENTERIAN  Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga 22 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : 2,554 kes (132,706 kes kumulatif, 75.3%); Kes baharu : 3,631 kes (176,180 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (2 warganegara dan 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,625 kes [2,982 warganegara (82.3%); 643 bukan warganegara (17.7%)]; Kes aktif : 42,814 kes; Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 251 kes; Kes memerlukan bantuan pernafasan : 102 kes; dan Kes kematian : 18 kes (660 kes kumulatif , 0.38…

Read More