453 kes positif baharu di Sabah

KOTA KINABALU 22 Jan. –  Jabatan Kesihatan Sabah merekodkan 453 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 45,862 kes dengan tiga kematian di  Kinabatangan,  Sandakan  dan  Lahad  Datu.

Sebanyak 650  pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 41,579 orang manakala 2,839 pesakit sedang dirawat iaitu 862 orang di hospital, 1,958 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan  19 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 81 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster  Ladang  Desa  Jerocco,  Kinabatangan  dengan  34  kes  positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38 kes di mana kes indeks melibatkan dua orang pekerja penyabit buah sawit yang positif .

Susulan   penemuan   itu,   Pejabat   Kesihatan Kawasan Kinabatangan mengarahkan pihak pengurusan ladang menjalankan saringan kontak rapat dan saringan ke atas 70 pekerjanya.

Daripada jumlah itu, 36 lagi kes positif berjaya dikesan. Penilaian risiko serta saringan masih lagi diteruskan ke ladang-ladang milik syarikat yang sama.

Daripada  453  kes  positif yang  dicatatkan,  sebanyak  293  kes (64.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 71 kes (15.7%),  saringan  kluster  baharu dan  sedia  ada  49  kes  (10.8%),  saringan pelajar  masuk  asrama  tiga kes  (0.7%),  saringan  komuniti  tiga  kes (0.7%), saringan Perkeso satu kes (0.2%) dan 33 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,100 unit, di PKRC Awam  berjumlah 4,580 unit dan jumlah katil di PTS / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti katil ialah 6,780 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.87%.

Related posts

Leave a Comment