Kes harian Indonesia 13,632

JAKARTA 22 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas merekodkan 13,632 kes berbanding 11,703 yang direkodkan semalam.

Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Indonesia, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 965,283.

Pada masa yang sama 250 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 27,453 kes.

Sebanyak 8,357 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 781,147 orang pulih sementara kes aktif 156,683.

Sementara itu Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,792 kes, diikuti Jawa Barat 2,441, Jawa Tengah 1,796, Jawa Timur 1,056 dan Sulawesi Selatan 629.

Jakarta juga merekodkan kes terkumpul terbanyak iaitu 243,018 dan 215,480 kes sembuh manakala Jawa Timur merekodkan korban tertinggi 7,266.

Related posts

Leave a Comment