BANGKOK 22 Jan. – Thailand merekodkan 309 kes baharu Covid-19 iaitu 297 jangkitan tempatan dan 12 import menjadikan jumlah keseluruhan 13,104 kes.
Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes baharu termasuk 80 orang dikesan di hospital sementara 217 melalui pengesanan kes aktif dalam masyarakat.
Daripada 80 kes di hospital itu, 49 adalah dari wilayah Samut Sakhon dan lapan di Bangkok.
Pengesanan kes aktif pula melibatkan 212 di Samut Sakhon termasuk 196 pekerja migran dan llima migran Myanmar di Bangkok.
Sementara 12 kes import yang dikuarantin sejurus tiba dari luar negara adalah dari Lebanon, United Kingdom, Estonia, Emiriyah Arab Bersatu, Itali, Sudan, Switzerland, Sri Lanka dan Jerman.
Daripada 13,104 kes yang dilaporkan, 10,224 atau 78% sembuh termasuk 382 kes yang pulih dalam tempoh 24 jam manakala 2,809 sedang dirawat manakala kematian kekal 71.
