Filipina tambah 2,178 kes

JABATAN Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,178 kes baharu Covid-19 setakat  pukul 4 petang, 22 Januari 2021, angka yang menunjukkan peningkatan kes berbanding 1,783 semalam, 21 Januari.

Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan penurunan apabila kes terbaharu merekodkan 20 pesakit meninggal dunia berbanding 74 kematian semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 509,887 sementara kematian pula 10,136 manakala kes aktif 32,031.

Bagi kes sembuh, 250 orang pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 467,720 orang atau 91.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment