30 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan empat kes jangkitan tempatan (dalam masyarakat) adalah  antara 30 kes baharu  Covid-19 yang dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,157. Dua daripada kes jangkitan tempatan itu dikaitkan dengan kes sebelumnya, sekali gus membentuk satu kelompok jangkitan yang baharu. Kelompok  baharu  itu yang dikaitkan dengan kes unit K-9 polis kini sudah meningkat kepada tujuh kes, Kes 59428 adalah seorang murid Sekolah Rendah Chua Chu Kang berusia lapan tahun yang kali terakhir ke sekolah pada 15 Januari .…

Read More

Kes baharu tunjuk peningkatan

  RIYADH 19 Jan. – Selepas lebih sebulan merekodkan kurang daripada 200 kes, Arab Saudi hari ini mencatatkan 226 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes 365,325 Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan  6,335 kes. Sebanyak 156 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 357,004. Sementara itu, wilayah Timur merekodkan 59 kes diikuti Riyadh 53 dan ke Makkah pula 46 kes.

Read More

Indonesia catat 10,365 kes baharu

JAKARTA 19 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 10,365 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 927,380 kes. Menurut data yang dikeluarkan, jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 8,013 orang dan ini menjadikan 753.948 orang pesakit telah sembuh. Jumlah kematian pula turut meningkat apabila 308 lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 26,590 orang. Ketika ini terdapat 146.842 kes  aktif Covid-19.

Read More

Thailand catat 171 kes

BANGKOK 19 Jan. – Thailand merekodkan 171 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 12,594 kes dan jumlah kematian kekal 70 tanpa kematian baharu dilaporkan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Taweesilp Visanuyothin memberitahu 158 kes adalah jangkitan tempatan manakala 13 mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari luar negara. Sebanyak 125 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif yang turut melibatkan wilayah Samut Sakhon, Bangkok dan Nanthaburi. Kes kuarantin pula melibatkan ketibaan dari Belgium, Republik Czech, Perancis, Jepun, Malaysia, Taiwan, Turki , Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sebanyak…

Read More

1,375 kes, 69 kematian di Filipina

MANILA 19 Jan. – Filipina merekodkan kematian yang tinggi hari ini apabila 69 pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 14 semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian menghampiri 1,000 orang iaitu merekodkan 9,978 atau 1.98 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 1,375 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 504,084. Berbanding dua kes sembuh semalam, sebanyak 324 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada 466,249 orang pulih daripada jangkitan. DoH juga merekodkan 324 kes sembuh yang meningkatkan jumlah pesakit pulih kepada 466,249 sementara…

Read More

Kluster perjumpaan keluarga

PUTRAJAYA 19 Jan. –  Sebanyak 669 kluster direkodkan setakat ini termasuk sembilan kluster baharu pada hari ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 364 kluster, termasuk tiga tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Inten dan Kluster Jambatan B. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 305 kluster di mana, sebanyak 81 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Jalan Selayang (188 kes), dan Kluster Pasai (90 kes). Sementara itu…

Read More

PKP seluruh negara kecuali Sarawak

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Seluruh negara, kecuali Sarawak, diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Januari hingga 4 Februari depan. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif Covid-19 dalam komuniti di negeri-negeri terbabit. “Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) kerajaan bersetuju supaya PKP dilaksanakan di negeri-negeri tersebut bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Sebelum ini PKP melibatkan enam…

Read More

3,631 kes 14 kematian

PUTRAJAYA 19 Jan. – Malaysia hari ini mencatatkan 14 lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 619 kes, kata etua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, sebanyak 3,631 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan meningkat kepada 165,371 kes . Daripada jumlah itu, 3,624 kes adalah kes tempatan dan tujuh lagi mendapat jangkitan dari luar negara. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 39,464 kes dan kes sembuh terbaharu adalah 2,944. Setakat ini, seramai 238 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan…

Read More

Imam masjid turut positif

SHAH ALAM 19 Jan. – Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, ahli keluarga beliau  yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum…

Read More