Kluster perjumpaan keluarga

PUTRAJAYA 19 Jan. –  Sebanyak 669 kluster direkodkan setakat ini termasuk sembilan kluster baharu pada hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 364 kluster, termasuk tiga tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Inten dan Kluster Jambatan B.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 305 kluster di mana, sebanyak 81 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Jalan Selayang (188 kes), dan Kluster Pasai (90 kes).

Sementara itu sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

1. KLUSTER PENJARA JALAN SUNGAI JELOK

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di Penjara Wanita Kajang di Jalan Sungai Jelok, Kajang, Selangor. Sehingga 19 Januari, sejumlah 439 individu disaring, di mana 217 kes  dikesan positif.

2. KLUSTER JALAN MASJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat tekstil di Jalan Masjid India, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 19 Januari, sejumlah 120 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

3. KLUSTER JALAN TARUKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru . Sehingga 19 Januari, sejumlah 108 individu disaring, di mana 38 kes dikesan positif.

4. KLUSTER TAMAN SAYONG PINANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128014) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perjumpaan keluarga yang terletak di Taman Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor. Sehingga 19 Januari, sejumlah 104 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

5. KLUSTER SRI GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154009) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang tekstil yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Johor. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 48 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

6. KLUSTER RAKUT

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144279) p dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan di Sungai Rakut, Jalan Kampung Bakam, Miri, Sarawak. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 33 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

7. KLUSTER KUPANG

Kluster ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154612) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes berlaku dalam kluster ini iaitu di Mukim Kupang, Baling. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 54 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

8. KLUSTER KEBOR AIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-155009) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan dua institusi pengajian awam di Kuala Terengganu. Nama kluster merujuk kepada lokaliti rumah kes indeks di Kampung Kebor Air, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Januari, sejumlah 264 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

9. KLUSTER RANTAU CEMPAKA

Kluster ini melibatkan daerah Maran di Pahang dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 132010) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan perhimpunan keluarga di Kampung Felda Cempaka Jengka 2, Pahang. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 57 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment