3,631 kes 14 kematian

PUTRAJAYA 19 Jan. – Malaysia hari ini mencatatkan 14 lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 619 kes, kata etua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,631 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan meningkat kepada 165,371 kes .

Daripada jumlah itu, 3,624 kes adalah kes tempatan dan tujuh lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 39,464 kes dan kes sembuh terbaharu adalah 2,944.

Setakat ini, seramai 238 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 96 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 2,944 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 125,288 kes (75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment