Kes baharu tunjuk peningkatan

 

RIYADH 19 Jan. – Selepas lebih sebulan merekodkan kurang daripada 200 kes, Arab Saudi hari ini mencatatkan 226 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes 365,325

Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan  6,335 kes.

Sebanyak 156 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 357,004.

Sementara itu, wilayah Timur merekodkan 59 kes diikuti Riyadh 53 dan ke Makkah pula 46 kes.

Related posts

Leave a Comment