1,375 kes, 69 kematian di Filipina

MANILA 19 Jan. – Filipina merekodkan kematian yang tinggi hari ini apabila 69 pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 14 semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian menghampiri 1,000 orang iaitu merekodkan 9,978 atau 1.98 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 1,375 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 504,084.

Berbanding dua kes sembuh semalam, sebanyak 324 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada 466,249 orang pulih daripada jangkitan.

DoH juga merekodkan 324 kes sembuh yang meningkatkan jumlah pesakit pulih kepada 466,249 sementara kes aktif pula 27,857.

Related posts

Leave a Comment