Thailand catat 171 kes

BANGKOK 19 Jan. – Thailand merekodkan 171 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 12,594 kes dan jumlah kematian kekal 70 tanpa kematian baharu dilaporkan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Taweesilp Visanuyothin memberitahu 158 kes adalah jangkitan tempatan manakala 13 mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari luar negara.

Sebanyak 125 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif yang turut melibatkan wilayah Samut Sakhon, Bangkok dan Nanthaburi.

Kes kuarantin pula melibatkan ketibaan dari Belgium, Republik Czech, Perancis, Jepun, Malaysia, Taiwan, Turki , Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 9,356 kes (74.29%) dilaporkan sembuh termasuk 150 yang pulih hari ini manakala 3,168 masih menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment