30 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan empat kes jangkitan tempatan (dalam masyarakat) adalah  antara 30 kes baharu  Covid-19 yang dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,157.

Dua daripada kes jangkitan tempatan itu dikaitkan dengan kes sebelumnya, sekali gus membentuk satu kelompok jangkitan yang baharu. Kelompok  baharu  itu yang dikaitkan dengan kes unit K-9 polis kini sudah meningkat kepada tujuh kes,

Kes 59428 adalah seorang murid Sekolah Rendah Chua Chu Kang berusia lapan tahun yang kali terakhir ke sekolah pada 15 Januari .

Budak lelaki itu adalah anak kepada dua kes yang disahkan positif sebelum ini yang kedua-duanya terkait dengan kelompok unit K-9 polis. Budak tersebut dikuarantin setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat bapanya, yang disahkan dijangkiti Covid-19 pada 16 Januari .

Kanak-kanak itu menjalani ujian swab pada hari yang sama dan diuji negatif Covid-19.

Budak itu bagaimanapun demam pada 17 Januari dan diuji sekali lagi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). Hasil ujian kedua adalah positif.

MoH juga menjelaskan   “tiada risiko penularan pada murid-murid lain yang berhubungan dengannya sebelum itu”.

Sementara itu satu daripada lima kes bergejala import yang dilaporkan adalah melibatkan seorang pelajar wanita berumur 28 tahun dari Malaysia.

 

 

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!