176 kes jangkitan harian Arab Saudi

RIYADH 17 Jan. – Ada kenaikan kes Covid-19 di Arab Saudi apabila merekodkan 176 kes jangkitan harian hari ini berbanding 140 semalam dan 173 pada 15 Januari. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini adalah 364,929 dengan kes aktif 1,919 di mana 319 kes kritikal. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak lima pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,323 kematian. Sebanyak 146 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah mereka yang pulih meningkat kepada 356,687 orang atau 97.74 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu…

Read More

Kes harian Indonesia 11,287

JAKARTA 17 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 11,287 kes, berkurangan daripada semalam, 14,224, jumlah kes harian tertinggi setakat ini. Berikutan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan setakat ini adalah 907,929 dengan kes aktif pula sebanyak 145,482. Sebanyak 220 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatifnya mencapai 25,987 kematian atau 2.9 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi kes sembuh pula, jumlah yang direkodkan adalah 9,102 orang sekaligus membawa kepada 736,460 orang pesakit pulih. Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 3,775 dengan kumulatifnya…

Read More

1,895 kes baharu di Filipina

MANILA 17 Jan. – Filipina setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 1,895 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 500,577. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 9,895 kematian. Sementara itu, kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan jumlah kumulatif 465,991 orang atau 93.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Mengikut rekod, kes sembuh hari ini adalah 5,868 pesakit dan jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 24,691.

Read More

Thailand catat 374 kes baharu

BANGKOK 17 Jan. – Thailand merekodkan 374 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini ialah 12,054 dengan 70 kematian.  Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand Thaweesilp Wissanuyothin berkata, sebanyak 364 adalah jangkitan tempatan dengan 321 melalui pengesanan kes aktif manakala 43 lagi mempunyai kaitan dengan mereka yang berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dan 10 merupakan kes import.   Beliau menjangkakan lebih banyak kes Covid-19 ketika pihak berkuasa awam meningkatkan pengesanan kes aktif di kilang-kilang di beberapa wilayah. Sejak penularan virus itu pada Januari…

Read More

30 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 17 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 30 kes baharu Covid-19 pada tengah hari ini termasuk dua jangkitan dalam masyarakat. Sebanyak 28 adalah kes import dan dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya mereka di Singapura. Tiada kes baharu dikesan di asrama pekerja asing. Sementara itu, mulai 11.59 malam pada 24 Januari, kesemua pengunjung mesti mengambil ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) Covid-19 setibanya mereka di Singapura. Langkah-langkah baru itu juga terpakai ke atas warga Singapura dan penduduk tetap. Ketika ini, para pengunjung bukan rakyat Singapura atau penduduk tetap…

Read More

Darurat terdesak, melulu

KERAJAAN semakin hilang wibawa dan keyakinan semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin., kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan. “Muhyiddin minta kita percaya dia tatkala kediktatoran beliau semakin menonjol. Keyakinan terhadap kepimpinan beliau semakin merosot tatkala seorang demi seorang Ahli Parlimen menarik sokongan. Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini? “Pengisytiharan darurat semacam tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya kita untuk melawan dampak…

Read More

Sepatutnya darurat kesihatan

ALANGKAH baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut,” kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. Melalui kenyataan di Facebook, Mohamad berpendapat mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. Katanya, menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara daripada pandemik Covid-19. Mohamad berkata Malaysia sememangnya sedang berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini. Menurut beliau, ketika ancaman wabak itu semakin memburuk dan ekonomi menguncup, negara ini diletakkan…

Read More

66 cuba rentas negeri dikompaun

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Seramai 66 individu yang cuba merentas negeri dan daerah dikenakan kompaun dalam operasi polis pada Sabtu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP). Dalam satu kenyataan, beliau berkata kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (200), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147), rentas negeri/ daerah tanpa kebenaran (66). Turut dikompaun kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42),…

Read More

393 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 17 Jan. – Jabatan Kesihatan Sabah hari ini merekodkan 393 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,644 kes. Seramai 337 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,326 orang. Sejumlah 2,949 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,185 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daripada 393 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 222 kes (56.5%) adalah berpunca dari saringan kontak…

Read More

Kluster hari keluarga, rentas negeri

PUTRAJAYA 17 Jan. – Sebanyak 10 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah 651 kluster telah dilaporkan setakat ini. Daripada jumlah itu, 359 kluster telah tamat, termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh (253 kes), Kluster Jalan Rantau–Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan…

Read More