1,895 kes baharu di Filipina

MANILA 17 Jan. – Filipina setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 1,895 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 500,577.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 9,895 kematian.

Sementara itu, kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan jumlah kumulatif 465,991 orang atau 93.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengikut rekod, kes sembuh hari ini adalah 5,868 pesakit dan jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 24,691.

Related posts

Leave a Comment