393 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 17 Jan. – Jabatan Kesihatan Sabah hari ini merekodkan 393 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,644 kes.

Seramai 337 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,326 orang.

Sejumlah 2,949 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,185 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC)

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 393 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 222 kes (56.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 74 kes (18.8%), saringan kluster-kluster sedia ada 36 kes (9.2%), saringan ladang (PERKESO) 21 kes (5.3%), saringan pelajar masuk asrama 8 kes (2%) dan 32 kes (8.2%) adalah daripada lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,036 unit. Manakala, di PKRC Awam pula berjumlah 4,633 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,769 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 43.57%.

Pada hari ini, sebuah PKRC yang baharu telah mula beroperasi iaitu Dewan Belia Kunak dengan kapasiti 40 katil.

Related posts

Leave a Comment