Thailand catat 374 kes baharu

BANGKOK 17 Jan. – Thailand merekodkan 374 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini ialah 12,054 dengan 70 kematian. 

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand Thaweesilp Wissanuyothin berkata, sebanyak 364 adalah jangkitan tempatan dengan 321 melalui pengesanan kes aktif manakala 43 lagi mempunyai kaitan dengan mereka yang berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dan 10 merupakan kes import.  

Beliau menjangkakan lebih banyak kes Covid-19 ketika pihak berkuasa awam meningkatkan pengesanan kes aktif di kilang-kilang di beberapa wilayah.

Sejak penularan virus itu pada Januari tahun lepas, Thailand mencatatkan 12,054 kes Covid-19 yang menyaksikan 9,777 adalah jangkitan tempatan termasuk 3,707 menerusi pengesanan kes aktif dan 2,277 yang pulang dari luar negara. 

Beliau juga menganggarkan sejumlah 50,000 pekerja asing haram di negara ini berpotensi menyebarkan virus itu jika mengelak melakukan ujian saringan.

Related posts

Leave a Comment