Kluster hari keluarga, rentas negeri

PUTRAJAYA 17 Jan. – Sebanyak 10 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah 651 kluster telah dilaporkan setakat ini.

Daripada jumlah itu, 359 kluster telah tamat, termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh (253 kes), Kluster Jalan Rantau–Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (94 kes).

Sepuluh kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER JALAN PANDAN INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 17 Januari, sejumlah 87 individu disaring, di mana 77 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DTI SEPANG 2

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Januari 2021 hasil saringan tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jalan Pekeliling 4, Sepang. Sehingga 17 Januari, sejumlah 238 individu disaring, di mana 80 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN IKAN JINAK

Kluster berkaitan majlis hari keluarga ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138292) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis yang diadakan di Taman Ikan Jinak Melangkap Tiong, Kota Belud. Sehingga 17 Januari, sejumlah 46 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MAWILA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142805) merupakan anggota tentera di Wisma Pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Jalan Mawila, Kota Kinabalu. Kes dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri. Sehingga 17 Januari, sejumlah 130 individu disaring, di mana 15 kes positif.

  • KLUSTER JALAN PERAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Perak 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga 17 Januari, sejumlah 504 individu disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MENERUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan di Apartment One Menerung, Jalan Menerung, Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 17 Januari, sejumlah 26 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 47 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RANTAU LADA

Kluster ini melibatkan daerah Temerloh dan Maran di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133326) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman keluarga kes indeks iaitu di Kampung Bukit Lada, Temerloh, Pahang. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 58 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PANTAI PERINGGIT

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137894) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Solok Pantai Peringgit, Peringgit. Sehingga 17 Januari, sejumlah 128 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154823) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Institut Latihan Perindustrian Labuan. Sehingga 17 Januari , sejumlah 423 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment