176 kes jangkitan harian Arab Saudi

RIYADH 17 Jan. – Ada kenaikan kes Covid-19 di Arab Saudi apabila merekodkan 176 kes jangkitan harian hari ini berbanding 140 semalam dan 173 pada 15 Januari.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini adalah 364,929 dengan kes aktif 1,919 di mana 319 kes kritikal.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak lima pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,323 kematian.

Sebanyak 146 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah mereka yang pulih meningkat kepada 356,687 orang atau 97.74 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 62 kes diikuti Makkah 34 dan wilayah Timur 32.

Related posts

Leave a Comment